Profil Sekolah

SEJARAH SMK JAMBATAN PUTIH TAWAU

Tarikh 7 Januari 2002 akan terpahat di dalam sejarah penubuhan SMK Jambatan Putih Tawau dengan nombor pendaftaran XEA3074, Terletak di Jalan Eastern 9 kilometer dari Bandar Tawau, bersebelahan dengan SMK Kabota.

SMK Jambatan Putih mula dibina pada bulan Disember 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke-7 di atas tapak seluas kira-kira 12.21 hektar di Jalan Timur Sin Onn. Pembinaan bangunan adalah di bawah kontraktor Pusat Syarikat Pembinaan Karun SDN.BHD. Sekolah telah siap sepenuhnya pada 1 Jun 2001.

Seramai 11 orang guru telah ditempatkan ke SMK Jambatan Putih sebagai tenaga pengajar dan perintis untuk sekolah baru termasuk seorang Pemangku Pengetua iaitu Puan Theresa Chong. Dari semasa ke masa terdapat pertambahan guru iaitu seramai 22 orang pada pertengahan tahun. Sementara bagi Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) cuma seorang sahaja iaitu Pembantu Tadbir N9 bagi mengendalikan kerja-kerja pentadbiran dan pengkeranian.

Seramai 156 pelajar tingkatan satu ditempatkan di sekolah ini. Sebanyak 9 kelas telah dibuka pada tahun 2002 dengan jumlah pelajar seramai 232 orang.

Pada tahun 2003, jumlah pelajar telah bertambah dengan pesatnya iaitu meningkat kepada 693 orang. Pertambahan pesat ini adalah kerana penempatan seramai 240 orang pelajar Tingkatan 4.

Bilangan yang bertambah membolehkan sekolah melantik seorang lagi Penolong Kanan HEM dan Kokurikulum. Dengan kepelbagaian budaya, pihak pentadbir cuba untuk membentuk satu budaya yang diamalkan bersama oleh warga SMK Jambatan Putih dengan bersandarkan kepada cogankata “Berdaya Saing” bermaksud pihak sekolah cuba menanamkan semangat bersaing dalam kalangan warga sekolah iaitu bersaing dengan sekolah-sekolah lain di dalam kepelbagaian aspek pendidikan khususnya kurikulum.

Advertisements

PANTAS, KUALITI, SISTEMATIK DAN INTERGRITI

%d bloggers like this: