Lencana Sekolah

logo smkjptMaksud Lambang

Segulung Ijazah Dan Topi: Semua Pelajar SMK Jambatan Putih mempunyaisatu tekad dan matlamat yang sama iaitu ingin kepuncak menara gading.

Komputer Dan Buku: Kecermelangan dalam bidang akademik menjadi matlamat utama pelajar SMK Jambatan Putih serta ingin menguasai teknologi maklumat dan komunikasi agar tidak ketinggalan dalam dunia digital.

Tiga Lambang Orang Berlari: Tiga orang melambangkan semangat perpaduan antara semua kaum yang ada di SMK Jambatan Putih, serta mampu bersaing dalam bidang sukan.

Bulatan : Kesepaduan yang wujud antara guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar SMK Jambatan Putih

Maksud Warna

MerahSemangat pelajar yang sentiasa bersemarak untuk mencapai kejayaan.

Biru : Perpaduan yang wujud antara warga SMK Jambatan Putih.

Hijau : Menjadi warna rasmi sekolah dan melambangkan semua warga SMK Jambatan Putih cintakan Alam Sekitar.

Putih : Melambangkan kesucian hati warga SMK Jambatan Putih, mengutamakan kebersihan serta mengamalkan slogan “Bersih Cekap Dan Amanah”

Kuning : Warna di Raja, melambangkan semua warga SMK Jambatan Putih taat pada Raja dan Negara seperti yang termaktub dalam RUKUN NEGARA

Lencana Sekolah Diilhamkan oleh :
En. Mohd Bahtiar Hj. Tibe dan Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sesi Pertama Tahun 2002

 

 

Advertisements

PANTAS, KUALITI, SISTEMATIK DAN INTERGRITI

%d bloggers like this: