LAMAN VLE FROG UNTUK GURU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut saya berikan sedikit panduan untuk memudahkan kita untuk memahami pembelajaran maya VLE Frog.

1.   Memperkenalkan Projek 1Bestarinet

2.   Gambaran Keseluruhan VLE Frog

GURU

Bagaimana Mengakses E-mel Anda

Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail

Bagaimana Laman Bidang & Mata Pelajaran Digunakan di Sekolah

Bagaimana Membina Laman Bidang dan Mata Pelajaran

Bagaimana Berkongsi Laman Bidang & Mata Pelajaran

Bagaimana Menghasilkan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Bagaimana Menggunakan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai Tugasan

Bagaimana Menghantar Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai Tugasan

Bagaimana Menyemak Tugasan

Bagaimana Berkongsi Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi

Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan

Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda

Memperkenalkan Frog Community Site

Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum

Memperkenalkan Kalendar Tempahan

Gambaran Keseluruhan Kalendar Tempahan

PELAJAR

Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan

Memperkenalkan Frog Student Champions

Memperkenalkan The Pond

Langkah Permulaan dengan Frog

Sila Klik di sini:

HIPERLINK UNTUK GURU MELAYARI VLE FROG

Jangan lupa masukkan ID dan password yang telah saya edarkan kepada tuan/puan dalam email staf di (xea3074@gmail.com).

Selamat Mencuba.

Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Daerah Tawau 2013

Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Daerah Tawau telah diadakan pada 12-13 mac 2013 bertempat di SMK Kabota.

This slideshow requires JavaScript.

Pihak sekolah telah menghantar wakil peserta bagi pertandingan:

1. Syarahan Agama (P) : Nursyafikah Darwis (4 Sains)
2. Tilawah Al Quran (L) : Sohibul Akmal Ardiansyah (4 Sains)

Pertandingan ini telah diiringi oleh Ustazah Asma’ Abu Bakar. Alhamdulillah SMK Jambatan Putih telah berjaya memenangi pertandingan Syarahan Agama (P) dan menewaskan 12 buah sekolah Daerah Tawau. Syabas Dan Tahniah!!

TARIKH KEGIATAN KOKURIKULUM 2013

PEMBERITAHUAN TARIKH KEGIATAN KOKURIKULUM 2013

Merujuk Surat Pekeliling  Ikhtisas bil 2/2007, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa bilangan minimum aktiviti yang WAJIB diikuti oleh setiap pelajar adalah mengikut ketetapan berikut;

BIL KELAB / PERSATUAN BILANGAN  MINIMUM AKTIVITI
01 SUKAN DAN PERMAINAN / 1M 1S 12 KALI
02 KELAB DAN PERSATUAN 12 KALI
03 PASUKAN BERUNIFORM 18 KALI

Peraturan –peraturan dan kepentingan mengikut aktiviti kokurikulum ada dinyatakan di dalam buku kokurikulum sekolah. Adalah menjadi harapan kami agar pihak tuan dapat membacanya supaya kita sama-sama dapat berusaha untuk memastikan para pelajar dapat terlibat secara menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum .

Bagi tahun 2013,  aktiviti kokurikulum untuk semua unit akan diadakan pada hari Rabu  sidang pagi mulai jam 2.00 sehingga 3.30 petang  dan sidang petang mulai jam 9.00 – 10. 30 pagi manakala  hari Sabtu  jam  6.50 pagi  – 11.30 pagi, Aktiviti yang dijalankan  mengikut ketetapan berikut;

TARIKH AKTIVITI BADAN BERUNIFORM DAN SUKAN/ PERMAINAN

BIL BULAN TARIKH AKTIVITI
1

JAN

16.01.2013 (RABU) Perjumpaan UB/ KP / SP- Pelantikan AJK dan perancangan aktiviti 2013
2 23.01.2013 Perjumpaan  Unit  Beruniform
3 26.01.2013 Sambutan Maulidur Rasul / Perjumpaan UB / KP
4 30.01.2013 Perjumpaan UB
5

FEB

02.02.2013  Bengkel Kepimpinan  Pelajar / Pengawas sekolah
6 20.02.2013 Perjumpaan UB
7 23.02.2013 Perjumpaan KP / SP
8

MAC

06.03.2013 Perjumpaan UB
9 09.03.2013 Perkhemahan UB (KP/PPP/PPIM/Pengakap)
10 13.03.2013 Perjumpaan UB
11 16.03.2013 Perjumpaan       KP / Sukan & Permainan
12 20.03.2013 Perjumpaan UB
13

APRIL

03.04.2013 Perjumpaan UB
14 10.04.2013 Perjumpaan UB
15 13.04.2013 Perkhemahan UB ( KRS/BBSM/KBP)
16 17.04.2013 Perjumpaan UB
17 20.04.2013 Perjump.KP / Sukan & Permainan
18 24.04.2013 Perjumpaan UB
19 27.04.2013 Gotong – royong Perdana (UB/KP/SP)
20

MEI

08.05.2013 Perjumpaan KP
21.

JUN

12.06.2013 Perjumpaan UB
22. 17 – 18.06.2013 Sukantara Sekolah
23. 19-20.06.2013 Sukan Tahunan Sekolah
24. 26.06.2013 Perjumpaan UB
25. 29.06.2013 Perjumpaan KP / SP
26.

OGOS

28.08.2013 Pengumpulan data dan maklumat markah pelajar

UJIAN KOMPETENSI ICT GURU DAN PENTADBIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sistem Analisa Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah ujian ICT yang merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:
26 Sep – 02 Oct 2013 – Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct – 08 Oct 2013 – Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct – 16 Oct 2013 – P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur
17 Oct – 22 Oct 2013 – Negeri Sembilan dan Johor
23 Oct – 31 Oct 2013 – Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor

Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda!

http://ict-kpm.azurewebsites.net/default.aspx?aspxerrorpath=%2Fquestion.aspx

Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG ‘BACK’ di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG ‘SETERUSNYA’ BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN. 4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser)
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.

Makluman:
* Sekiranya mempunyai masalah semasa “Log Masuk” sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).